Friday, 21 February 2014

Kasut dan Selipar Pelik

Kasut dipakai untuk melindungi kaki tapi sekarang kasut ada bermacam-macam jenis dan rekaan. Sesetengahnya terlalu pelik hinggakan keselesaan dan keselamatan pemakainya diketepikan demi rekaan yang cantik dan unik.








Kasut ni sesuai bagi pencinta flora dan fauna. Cantik memang cantik. Tapi,  kalau pakai  kasut ni dah nampak macam pasu bunga melekat kat tapak kaki dah.


Kasut ni mungkin diinspirasikan daripada cerita cowboy kot. Ade kaki kuda lepas tu siap ada pistol lagi tu ha. Ada sesape berani cari gaduh? Angkat kaki tembak je.


Ni la asal usul kasut jenama Crocodile dan Crocs. Ni dah kira nenek moyang dia la ni. Dah sebijik rupa crocodile dah ni tak glemer la pulak kan.



Pelik sangat dah rupe kasut ni. Dah macam rupa tangga yang boleh lipat tu. Berguna ni kalau nak gantung frame gambar kat dinding2 yang tinggi. Tak payah panjat kerusi lagi dah.


Ni kasut bercirikan ular. Dah nampak macam guna kulit ular real dah tu. Geli geleman nak pakai.


Mop Lantai. Ni namanya menjimatkan masa dan tenaga. Selalunya asyik kene berleter sebab rumah bersepak la, lantai melekit la. Ni la solutionnya. Sambil jalan, mop lantai. Kalau pakai pegi shopping, tolong la mopkan lantai supermarket tu skali yer.


Tikus? Euww.. Geli geleman nak pakai kasut ni. Bayangkan macam kita tebuk perut tikus tu dan masukkan kaki dalam dia. Nampak gambar pon dah dapat rasa macam busuk je kasut ni. Tetamu datang rumah confirm terkejut beruk kalau macam ni la rupa kasut yang kita sediakan dalam rumah.

 

Pelik betol yang ni. Dah kenapa bahagian depannya tak de. Dah kebal sangat agaknya jari2 kaki tu. Kalau terpijak taik kucing tepi jalan kan dah naya.




Kasut ni mungkin sesuai bagi mereka-mereka yang tak nak jari kaki tersepit bersama time pakai kasut. Dengan kasut ni, jari kaki sentiasa akan terpisah dan tak kan bersentuh tanpa alas. Hahaha..

 

Boleh jugak buat bela binatang dalam kasut rupanya. Kalau dah sayang sangan dengan haiwan2 peliharaan korang, bolehla try letak dalam kasut so pegi mana2 pon boleh bawak skali. Jimat ruang dah kan.



Ada amasalah remote selalu hilang. Tersorok bawah bantal la, jatuh bawah kerusi la. Kalau pakai kasut ni tak payah nak cari remote dah sebab remote ada kat tumit kasut tu ha.



Ni namanya 2 in 1. Sesuai kalau nak pakai pegi swimming pool. Sampai-sampai je kau boleh terus terjun dalam kolam renang tu. 

Bayangkan sambil ko jalan, pasang CD kat kasut ko ni ha. Gedegang-gedegang bunyi muzik keluar dari kasut ko. Dah tentu dapat tarik perhatian semua orang kan. Femes la kau lepas tu.



Kasut berinspirasikan kaki. Baik la tak payah pakai kasut terus kalau macam ni. Tapi bagi yang nak rasa macam mana berkaki ayam tapi tetap nak pakai kasut boleh la ni.


Ni kasut bagi mereka-mereka yang kurang tinggi. Dah confirm lepas pakai ni kau yang tak berapa nak tinggi tu boleh la setaraf dengan kawan-kawan kau yang tinggi kan. Silap-silap kau lagi tinggi.



Ni kononnya creative sangat la. Tumit kasut yang sepatutnya kat belakang dialihkan letak kat tengah. Terbalik pulak tu. Kalau nak creative biarlah berpada-pada kan jangan sampai tercedera sebab nak creative punya pasal.

Kaum hawa mesti suka kasut ni. Dari kecik dah berangan nak jadi Cinderella kan sebab dia pakai kasut kaca. Lepas tu dapat kahwin dengan putera raja lagi. Ni kalau tumit ko merekah-rekah tak payah la berangan nak pakai sebab dan confirm orang boleh nampak. Dah namanya pon kaca, lutsinar la..



Yang tiga kasut kat atas ni untuk mereka-mereka yang suka DIY dan kreatif sahaja. Yang atas tu guna dawai je buat kasut. Yang hijau tu pulak kasut origami. Jadi senang nak lipat dan dapat jimat ruang kalau nak simpan ni. Yang bawah sekali tu pulak pakai gabus je senang. Kutip la gabus kat mana2 susun, tampal gam UHU dah jadi selipar.


Inspirasi daripada rambut. Yang mana minat tengok cerita Rapunzel tu bolehla try yang ni. Tapi macam gatal dan miang je kaki bila pakai kasut ni.

Sediakan payung sebelum hujan. Tak pasti sebenarnya apa fungsi payung tu. Nak payungkan kaki ke nak payungkan kasut?




Ini inspirasi daripada mata agaknya. Banyak pulak bijik-bijik mata lekat kat kasut ni sampai naik geli geleman la pulak nampaknya.


 Ini inspirasi daripada kaki kerusi yang tinggi tu. Kan selalu kat kaunter-kaunter restoran guna kerusi macam ni. Confirm semua orang pandanglah kalau pakai kasut kerusi macam ni. Unik sangat.




Kasut ni inspirasi daripada ikan. Seriously nampak macam rupa ikan betol kan. Takkan nak pakai makanan kat kaki kan.




Yang ni pulak inspirasi daripada pisang. Ini kelakar. Seriously kelakar. Kau bayangkan kau pakai kasut berbentuk pisang. Hurm...




Ini namanya kitar semula. Nampak penjimatan kat situ. Kadboard tak pon Styrofoam mana yang dah tak nak pakai tu bolek la dijadikan kasut nak alas kaki. Unik kononnya ni kan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Thursday, 20 February 2014

12 Coklat Pelik Tapi Menarik

Coklat atau dalam spelling 'omputihnya' Chocolates. Semua confirm dah tau ape tu coklat kan. Dengan kekreatifan otak manusia ni, macam2 benda boleh dibuat dengan coklat. Sampai kadang2 kalau nak makan pun kene fikir 2-3 kali sebab cantik sangat nak sumbat masuk dalam mulut. Semua benda-benda kat bawah ni dibuat dari coklat so memang boleh dimakan.






1) Kasut--sebijik rupa kasut real kan. Nak pakai kat kaki, makanan. Nak makan, tak sampai hati sebab kasut selalunya pakai kat kaki je. So...buat hiasan je la.



2) BMW--Nak beli BMW tak mampu nak bayar, so kalau dapat beli ni pon jadi la ye. Tapi parking dalam rumah la ye sebab kalau parking kat luar nanti cair kene matahari.


3) Handtools--atau dalam bahasa melayunya alat bertukang la. Kalau nak tunjuk hebat bolehla cuba makan spanar dengan skru ni ye. Kira hebat habis dah la tu.


4) Keyboard-- Yang ni memang wow! Tetiba nak taip nama sendiri pon dah tak lepas sebab huruf A dah kene makan. Kalau nak bahagi sorang satu ni ikut abjad, aku pilih nak makan spacebar sebab yang tu paling besar. 



5) Chess--Kalau yang ni confirm tak sempat tau siapa menang atau kalah. Sebabnya semua dah selamat masuk dalam mulut sebelum game habis.


6) Calculator--Semangat je nak mengira ni. Kalau sakit hati kira tak dapat jawapan, telan je terus nombor-nombor tu. Padan muka nombor tu kan tak nak berkerjasama sangat nak dapatkan jawapn.



7) Sofa--Bayangkan letak sofa ni depan TV. Bawak anak buah kau yang kecik datang rumah dah sah2 dia tak nak balik sebab dapat makan sofa kau yang rasa coklat. Botol susu terus balik tepi sebab dapat makan coklat.


8) Serangga-- Tak ingat ape nama serangga ni. Serangga ni selalu melekat kat baju, seluar, kain dan aktif waktu malam. Tak sanggup rasanya nak makan walaupun coklat. Bagi yang berdendam dengan serangga ni sebab selalu sangat melekat kat kain kau, boleh la makan kepala dia dulu ye.


9) Dress--Oppss.. No komen.. Sape yang nak makan baju coklat tu? 



10) Burger--Ni namanya dah tamak sangat ni. Cuba terus terang sebenarnya nak makan burger ke nak makan coklat ni?


11) Kamera--Ni kalau guna buat photo-shot cantik tak agak2 ni? 


12) Tangan--Tak mungkin la aku makan ni. Tak lepas nak telan tambah2 lagi part jari tu. Rasa macam makan tangan orang betol dah ni nanti. 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------