Wednesday 30 April 2014

Coffee - Is it really bad for you?

Coffee ataupun Kopi adalah sejenis minuman yang berwarna hitam. Kopi ni walaupun pahit rasanya tapi ramai yang dah 'addicted' dengan kopi ni. Sehari tak minum kopi, x tentu arah hidup katanya =) Bile sebut 'KOPI' bunyinya kampung kan. Orang zaman sekarang panggil 'COFFEE'. Baru moden sikit kononye. Name melayunye Kopi 'O' Ais tapi nak nama urban sikit 'Americano'. Sedangkan same je air kopi warna hitam jugak dalam tu ha. 

Kat bawah ni antara kebaikan minum kopi. Bukan sekadar trend 'urbanpeople' je minum kopi ni. Sebenarnya ia ada banyak kasiat dan manfaat.


1. Kaya dengan Antioksida

Mungkin ramai tak sedar kopi ni bukan sekadar satu minuman trending masa kini, tetapi mengandungi antioksida yang tinggi. Kopi mengandungi 'quinones' iaitu antioksida yang boleh mengurangkan risiko diabetes dan juga bertindak sebagai agen penyembuh tisu badan. 

2. Anti-penuaan

Kopi adalah salah satu agen anti-penuaan. Serbuk kopi boleh digunakan sebagai bahan untuk scrub bagi menghilangkan selulit. Minum kopi ni juga dapat mengurangkan jumlah kedutan2 dimuka kononnya.

3. Mencengah penyakit Parkinson

Kopi dapat mencegah penyakit Parkinson. Menurut kajian, bagi yang minum 4 cawan kopi atau lebih dalam satu hari dapat mengurangkan risiko Parkinson sebanyak 80% . 

4. Menguruskan badan

Bagi yang tengah cuba menguruskan badan tu, kopi adalah salah satu minuman yang sesuai untuk anda. Tapi make sure tu bukan kopi susu atau kopi extra manis dengan gula melimpah ruah dah la. Lagi-lagi susu pekat manis berkrim tu. Kopi dapat meningkatkan metabolisme badan dan juga dapat membantu mengurangkan selera makan. 

5. Anti-stress

Kopi ni juga dapat bertindak sebagai agen anti-stress. Ianya dapat memberi tenaga disamping dapat 'boost'kan neurotransmitter dalam otak yang berfungsi untuk make sure mood anda sentiasa gembira. "A cup of coffee in the morning really can help you to fight your daily stress"

6. Mencegah Kanser Kolon

Kopi dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Ianya mengandungi lebih daripada 1,000 bahan yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak lebih kurang 25%. 

0 comments:

Post a Comment